Friday, April 29, 2011

ahlan wa sahlan ya Aina

Alhamdulillah, bertambah sorang lagi ahli dlm keluarga Atok Sahrudin.

Bau bayi sgtlah wangi,
Cuma kalau menangis aje yg xleh blah,
Aina Batrisya nama diberi,
Moga menjadi anak solehah!

jadi ka pantun che' ni?..bolehla kan. 4 kerat gak.

sekitar majlis kesyukuran menyambut org baru

OB Aina, OB=orang baru

thinkthonk : teringat ingat ayam masak lada hitam masa kenduri ni. sedap!!kecur liur.


Friday, April 22, 2011

Owh begini rasenye macar00n

Che' pon xsure kenape rase yg melonjak2 nak rasa makanan yg diberi nama macaroon ini. Maybe sedikit sebanyak terpengaruh dengan beberapa blog yg bagi review superb utk makanan ni. Cari2 kat internet, kedai2 yg jual macaroon ni sume jauh. Rupe2nye, San Fran kat opis che' pon ade juai mendaalah ini. Apa lagi, belilah utk rase, walaupun harganya xberapa berpatutan..sekotak ni rm25, bermakna sekeping rm5. mak aihh..cam harga bekfest utk seminggu. Tapi, sekali sekala..apa salahnya. dah nak rasa sgt kan?? Klu xbeli, terngiang2 aje macam manela rase macaroon..

inila rupe macaroon yg dah siap2 dalam box berreben lagi

Rasenye, sedap..Mungkin terlalu manis..dah nama pun dessert kan..mestila manis. Rase rangup di luar, cair dalam mulut masih che' terasa hingga kini. Hmm..sedaaapp! Cuma utk membeli setiap hari kena kesedapannya..tidakla!ngee

yg ni perasa greentea & coklat

Anyway, che cari gak camne cara nak buat macaroon ni. Agak complicated gak nak buat, patut pon harga mahai. Utk resipi, boleh coba dapatkan di sini.
thinkthonk : lebih berbaloi jika beli pavlova sundae kat delicios kot! :p


Tuesday, April 19, 2011

mai la kite beli saham Bank Rakyat - part 2

Vavavava..punyela ramai org kat Bank Rakyat. masing2 nak beli saham walaupun had pembelian hanya RM500. Bank bukak kol 9pg, masa che' sampai kol 8.20pg dah ada org tunggu kat luar bank, dalam 6 org, maknanye che' org ke 7 pada pukul 8.20pg. Dh semakin hampir 8.45pg, masing2 dah bangun. makin dekat dgn pintu, barisan xnampak pon...masing2 ready nak serbu je bank tu..huhuu. Che' pon pastikan diri sendiri pon dekat2 ngn pintu..senang nak masuk. Bila fikir2, rakyat Malaysia ni mmg susah nak beratur unless ada org yg arahkan..serbu aje.

Dah kol 9pg, bank pun dibukak. Pak guard dah laung awai2 'Sapa dah daftar jumaat lepas tapi xsempat masuk duit pegi kaunter kiri, sapa yg baru register pegi kaunter kanan'. Hmm..dgn pantas aje che' pi kaunter kanan. Org pertama tu nak register..kena tunjuk IC, org tu register, xleh masukkan utk suami ke org lain, bla bla bla..sementara tu kaunter sebelah, cepat aje no tu berjalan..
Bila bg no giliran..che' dapat no 27.adoiii....lambatnye. Anyway, proceed ajela..alang2 dah datang kan.

Urusan pembelian saham berjalan lancar, walaupun kena menunggu hampir 45 minit pula utk ke no 27 tu....huhu..sabar itu separuh dari iman. Dan, che' kini sudah memiliki saham Bank Rakyat bernilai rm500..yeayyy!!!

Saya belum pasti, pada masa entry ni ditulis, saham tu masih available ke tak. Cam dah habis je... Anyway,
bagi kengkawan yg mempunyai hasrat murni utk menabung/melabur utk masa depan, jgn putus asa, selain Bank Rakyat, banyak aje cara lain. 

 
Ada beberapa cara pelaburan yg che' rasa selamat dan nak kongsikan dgn kawan2 sekalian.

1. Emas
Emas boleh dibeli dalam bentuk fizikal (emas ketul2) atau akaun simpanan yang boleh dibuka di bank2 serata Malaysia. Harga emas ini selalunye turun sikit, naik banyak..Cuba tanya mak2 korg, dulu emas 1g dalam rm70 je (..ni zaman mak che' lar..).So, fikir2kan la..Segala sumber boleh google yer, korang kena google utk dapat info yg lebih jitu..Next time, maybe che' boleh share info lebih lanjut berkaitan emas ni.


2. Bank Persatuan

Info pasal bank ni diperkenalkan oleh boss che'. Thanks to her yg scr xlangsung menjadi financial advisor juga pengkritik kewangan ngeh2..lama gak che' buat research pasal bank ni. Not bad, Bank Persatuan ni pon anak didik bank rakyat, sejenis bank koperasi gak..mcm Bank Rakyat dulu. Tak lama lagi mungkin jadi bank. Sila baca di sini. 10% jugak dividen tahunan.Info lanjut di sini.


3. Tabung Haji
Impian wei..sape xnak pi sana kan?

Che' adalah manusia yg xberapa suke nak amik risiko. Ini adalah pelaburan biasa aje..Maybe ada yg laburkan pada ASB, Public Mutual, saham segala..che' xberani nak senaraikan di sini sbb xbuat research pun lagi utk cara pelaburan yg lain.  Bagi yg berani main saham tu, klu kena cara memang untung..cuma biarlah berlandaskan syariah. Che' cuma berani guna saham company je huhu. Itu confirm...penggerak kemajuan negara la katakan ^adakah statement ini berbaur riak, bukan itu maksudku

Apapun yang kita lakukan, kena istiqomah ajela. Tutup sebelah mata aje bila menyimpan tu..^che' sendiri masih mencari kekuatan utk apply perkara ni hehe.klu simpan keluar simpan keluar memang xjadik ape. Klu buat tak tau tu, tup tup banyak dalam account, tu yang syiok tuu. Ooops lagi satu, kuar zakat gak ek. Dah ada kemampuan utk menyimpan, mestila ada kemampuan utk kuarkan zakat gak. InshaAllah, di situlah keberkatanNya.

thinkthonk : Dalam mencari harta dunia, harap2 xlupa melabur saham akhirat:)


Saturday, April 9, 2011

kad mesra to klcc

Ini kemenangan ke-2 dalam tahun ni.
 Aritu che' masuk satu contest from Petronas-Kad Mesra. Jawap soklan, submit online.
Tup tup dapat email kata cik menang Grand Prize..
wohoo memangla Grand Prize tapi bukan che' sorang je, ade 99 org lain.


Ape2, gamba dulu!


Dgn kemenangan ini, dapatlah kitaorg duduk kat seat VIP, xdelah bersesak2 ngan org lain. Bersesuaian dgn kami yg kelaparan, sib baik ade makanan terhidang utk kami, VIP la kan.
Ktorg dok xlama, sempatla tgk performance Yuna, tapi xlarat dok lama2, nothing much to do^not sure what do i expect. Hadiah dah dapat, masuk konsert pun sekadar buat syarat. Hmm..klu tunggu lama sikit maybe dapat tgk Wondergirls perform. Sure diorg perform last kan.
Xkuasa nak tunggu blah ajelaa.

t

Naik tren lg senang. Insyirah excited sgt berjalan kat terowong tu!

Ahaa..inila matlamat che' gi sana. Goodiesnya lebih penting drpd concert tuh..ngee:D
barang2 yg dimenangi

Thanx to enAbg & anak yg temankan ummi amik hadiah. T-shirt & backpack enAbg boleh amik.
Pendrive to COP!!!Che' nak!!
hehe



Friday, April 8, 2011

E-Filing..sudahkah anda?

Korang dah buat ke? Che' sudah. Hehe..saje je nak highlight achievement utk diri sendiri :)
Selalu last minute aje, tahun ni tercepat plak, sbb ramai yg ingatkan spy buat awal2. Thanks to all di atas ingatan2 murni kalian.

Sib baik terlebih bayar. Mmg untung klu dah bayar zakat..Memang zakat itu berkat.
Kepada para suami, klu nak meringankan beban para isteri utk membayar cukai, silalah letak tanggungan anak atas nama isteri..hehe. sangat berkesan sekali dalam mengisi e-Filing ini walaupon secara zahir batinnye mmg para suami yg menanggung anak2. Juga klu ade insurans ke SSPN anak ke, elokla didermakan atas nama isteri..pasti hadiah terbaik utk isteri anda.

LHDN target rm91 billion cukai dikutip tahun ni?Sila rujuk sini. MAIWP target rm280juta zakat dikutip tahun ni? Zakat Selangor plak target rm350juta zakat thn ni.. Wah!!Masing2 siap ade target lagi tu..ade pertandingan mengumpul wang rakyat kah?haha..

thinkthonk : ade sape2 tau tak cane kita sbg org awam nak tahu ke mane & jumlah wang yg dibelanjakan kerajaan utk pembangunan rakyat & negara?

Wednesday, April 6, 2011

mai la kite beli saham Bank Rakyat

Saham Bank Rakyat dah kuar!!rm1 billion tuu!!!
Pulangan 15% setahun..if seperti tahun2 lepas la.

Che' dapat tau ni pon dari status update kat facebook Mohd Yuzi semalam. Tak sempat nak google lebih2 utk kesahihan berita. Pagi ni google kat sini, betulla tu..dah kuar announcement rupenya.

Harini, bosku dah ajak pegi tadi, tapi dinantikan dulula plak..nak kira2 ngan husben semula. Syaratnye RM500 je, tapi RM500 tu la nak guna utk setel roadtax yg tamat bulan ini...huhu. Di mana nak kukorek lagi duit2 itu..
source : Google

Dugaan oh dugaan, di kala cukup2 budget je duit aku bulan ni..di kala itula saham yg kutunggu tu nak kuar plak. Apa2pon, barang yg baik tidak harus dilepaskan pergi begitu sahaja. Akanku korek jugak wang tabungku utk dapatkan saham Bank Rakyat ni.

Untuk maklumat lanjut, hubungi tele-Rakyat di talian 1-300-88-12265 or facebook Bank Rakyat

Syaratnye :
  • Berumur 18 tahun ke atasBumiputera - beragama Islam/bukan atau
  • Bukan Bumiputera - beragama Islam
  • Tidak muflis
  • Tiada tindakan mahkamah
  • Tidak pernah disingkir menjadi ahli dari mana2 koperasi
Apa yg perlu dibawa
  • IC dan salinan IC
  • Borang Permohonan Keanggotaan
  • duitnye ..max rm500
  • juga...semangat yang kuat utk beratur panjang!

Cece..bukan main che' promote. che' sendiri pon xpi lagi ni...huhu.harap2 sempatlagila..

Kesimpulannya kawan2, jom kita beli saham di Bank Pilihan Anda sblm kehabisan!



thinkthonk : doakan sy berjaya melaksanakan pembelian saham ini esok ye.Ade sesape nak follow?Meriah sikit bank tu pi ramai2..




BEN ASHAARI KASI GEGAR 1000 BLOG ( 5 ) !

Rujukan : Kumpulan 5

1.Header blog BEN ASHAARI



2.Tajuk : BEN ASHAARI KASI GEGAR 1000 BLOG ( 5 ) ! dan linkkan ke entri ini ..


3.Sila senarai 10 blog yang paling best dalam kumpulan ini .. dan tulis kenapa blog tu best ..
Kate satu soklan je...haaargh kill n die!jawapan kat bawah arr

Soalannya , cari satu blog yang unik urlnya ... haaaa... ingat , ini sama cam tadi ... pastikan unik .. kalau tidak , KILL N DIE !!
Jawapannye : http://sillylilywillybillywinkylala.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html

thinkthonk: ape2..senyum!! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...