Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Monday, January 11, 2010

Chocolate Moist Cake

1 ½ cawan gula biasa (12 oz) ) Pukul sampai kembang (A) ¾ cawan butter (6 oz) )

½ cawan air panas )
1 camca nescafe ) larutkan (B)
½ cawan cocoa )

½ cawan susu (fresh) )
1 camca vanilla ) campurkan (C)

3 biji telor asingkan putihnya ) pukul putih telor hingga kembang (D)

2 cawan tepung gandum ( 8 oz) ) ayak bersama (E)
1 camca baking powder )


Cara
1. Buat A , B, C , D dan E berasingan.
2. Merah telor masukan ke dalam A sebiji sebiji dan pukul.
3. Masukan tepung dan B ke dalam A secara selang seli
4. Masukan C ke dalam A
5. Masukan D secara menggulung- gulungkannya dengan senduk ke dalam A perlahan-lahan.
6. Bakar about 45 mins.


Topping.
1 camca vanilla )
1 cawan cocoa ) Gaulkan semua kemudian lepakan di kek.
1 tin susu pekat (Dutch Lady) )
¾ cawan minyak jagung )

^Mintak Kak Zahrah resipi nak buat topping ni sbb aritu rasa sedap aje topping cake yg dia buat utk birthday Aida. Ingatkan nak guna coklat cake topping ni utk buat biskut batik.Hmm..rase2 ok ke dak ye??

Thursday, January 7, 2010

Biskut Batik

1 buku butter 250g
1 tin susu pekat
500g milo
500g kacang ( sangai/buang kulit/tumbuk kasar )
350 biskut marie (kerat 4)


Caranya:

Cair kan butter dengan susu pekat atas api pelahan
Tambah Milo ( kacau sehingga sebati)
Masuk kacang & biskut.( gaul sehingga sebati/rata)
Masuk dlm talam & tekan sehingga padat ( press macam nasi impit )
Masuk dlm peti ais & potong mengikut citarasa..

Tuesday, December 8, 2009

Cake lapis berempah

Source : Kak Zahrah(resipi arwah ibunya)

Bahan-bahan:
27 ozs butter
21 ozs gula caster
8 ozs tepong gandun
30 biji telor ( ambil 8 putih telor, 30 egg yolks)
2 sudu teh rempah cake


1. Asingkan telor putih dan merahnya. Ambil 8 putih telor dan 30 merah telor
2. Pukul butter hingga kembang
3. Di dalam mangkok lain, pukul putih telor hingga naik (jadi meringue and peaks). Masukkan 3 sudu besar guila caster. Pukul.
4. Masukkan sedikit merah telor (2 biji). Pukul. Selang-selikan gula castor dan merah telor hingga habis gula dan merah telor tadi.
5. Masukkan mentega yang sudah dipukul tadi, kedalam adunan telor. Kacau hingga rata betul.
6. Masukkan tepung gandum. Kacau rata.
7. Masukkan rempah kek. Kacau rata.

Cara membakar:

1. 1.Gunakan 2 tin pembakar 7” x 7”. Lapikkan tin pembakar dengan kertas minyak. Sapu sedikit mentega di atas dan di bawah kertas.
2. Bubuh 2 sudu besar adunan kedalam tin pembakar. Ratakan Bakar 230 deg C. dari tingkat kedua dari bawah. Gunakan api atas sahaja. Bakar selama lebih kurang 4 minit sahaja.
3. Bila sudah kuning, tekan sedikit dengan gelas. Bubuh 2 sudu adunan lagi. Buat begini hingga habis adunan. Bila tin pembakar penuh ¾, turunkan suhu ke 200 deg C.
4. Akhir sekali, bakar dengan menggunakan api bawah selama 20 minit 170 deg C.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...