Tuesday, April 19, 2011

mai la kite beli saham Bank Rakyat - part 2

Vavavava..punyela ramai org kat Bank Rakyat. masing2 nak beli saham walaupun had pembelian hanya RM500. Bank bukak kol 9pg, masa che' sampai kol 8.20pg dah ada org tunggu kat luar bank, dalam 6 org, maknanye che' org ke 7 pada pukul 8.20pg. Dh semakin hampir 8.45pg, masing2 dah bangun. makin dekat dgn pintu, barisan xnampak pon...masing2 ready nak serbu je bank tu..huhuu. Che' pon pastikan diri sendiri pon dekat2 ngn pintu..senang nak masuk. Bila fikir2, rakyat Malaysia ni mmg susah nak beratur unless ada org yg arahkan..serbu aje.

Dah kol 9pg, bank pun dibukak. Pak guard dah laung awai2 'Sapa dah daftar jumaat lepas tapi xsempat masuk duit pegi kaunter kiri, sapa yg baru register pegi kaunter kanan'. Hmm..dgn pantas aje che' pi kaunter kanan. Org pertama tu nak register..kena tunjuk IC, org tu register, xleh masukkan utk suami ke org lain, bla bla bla..sementara tu kaunter sebelah, cepat aje no tu berjalan..
Bila bg no giliran..che' dapat no 27.adoiii....lambatnye. Anyway, proceed ajela..alang2 dah datang kan.

Urusan pembelian saham berjalan lancar, walaupun kena menunggu hampir 45 minit pula utk ke no 27 tu....huhu..sabar itu separuh dari iman. Dan, che' kini sudah memiliki saham Bank Rakyat bernilai rm500..yeayyy!!!

Saya belum pasti, pada masa entry ni ditulis, saham tu masih available ke tak. Cam dah habis je... Anyway,
bagi kengkawan yg mempunyai hasrat murni utk menabung/melabur utk masa depan, jgn putus asa, selain Bank Rakyat, banyak aje cara lain. 

 
Ada beberapa cara pelaburan yg che' rasa selamat dan nak kongsikan dgn kawan2 sekalian.

1. Emas
Emas boleh dibeli dalam bentuk fizikal (emas ketul2) atau akaun simpanan yang boleh dibuka di bank2 serata Malaysia. Harga emas ini selalunye turun sikit, naik banyak..Cuba tanya mak2 korg, dulu emas 1g dalam rm70 je (..ni zaman mak che' lar..).So, fikir2kan la..Segala sumber boleh google yer, korang kena google utk dapat info yg lebih jitu..Next time, maybe che' boleh share info lebih lanjut berkaitan emas ni.


2. Bank Persatuan

Info pasal bank ni diperkenalkan oleh boss che'. Thanks to her yg scr xlangsung menjadi financial advisor juga pengkritik kewangan ngeh2..lama gak che' buat research pasal bank ni. Not bad, Bank Persatuan ni pon anak didik bank rakyat, sejenis bank koperasi gak..mcm Bank Rakyat dulu. Tak lama lagi mungkin jadi bank. Sila baca di sini. 10% jugak dividen tahunan.Info lanjut di sini.


3. Tabung Haji
Impian wei..sape xnak pi sana kan?

Che' adalah manusia yg xberapa suke nak amik risiko. Ini adalah pelaburan biasa aje..Maybe ada yg laburkan pada ASB, Public Mutual, saham segala..che' xberani nak senaraikan di sini sbb xbuat research pun lagi utk cara pelaburan yg lain.  Bagi yg berani main saham tu, klu kena cara memang untung..cuma biarlah berlandaskan syariah. Che' cuma berani guna saham company je huhu. Itu confirm...penggerak kemajuan negara la katakan ^adakah statement ini berbaur riak, bukan itu maksudku

Apapun yang kita lakukan, kena istiqomah ajela. Tutup sebelah mata aje bila menyimpan tu..^che' sendiri masih mencari kekuatan utk apply perkara ni hehe.klu simpan keluar simpan keluar memang xjadik ape. Klu buat tak tau tu, tup tup banyak dalam account, tu yang syiok tuu. Ooops lagi satu, kuar zakat gak ek. Dah ada kemampuan utk menyimpan, mestila ada kemampuan utk kuarkan zakat gak. InshaAllah, di situlah keberkatanNya.

thinkthonk : Dalam mencari harta dunia, harap2 xlupa melabur saham akhirat:)


No comments:

Post a Comment

Any comments?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...