Source : Kak Zahrah(resipi arwah ibunya)
Bahan-bahan:
27 ozs butter
21 ozs gula caster
8 ozs tepong gandun
30 biji telor ( ambil 8 putih telor, 30 egg yolks)
2 sudu teh rempah cake
1. Asingkan telor putih dan merahnya. Ambil 8 putih telor dan 30 merah telor
2. Pukul butter hingga kembang
3. Di dalam mangkok lain, pukul putih telor hingga naik (jadi meringue and peaks). Masukkan 3 sudu besar guila caster. Pukul.
4. Masukkan sedikit merah telor (2 biji). Pukul. Selang-selikan gula castor dan merah telor hingga habis gula dan merah telor tadi.
5. Masukkan mentega yang sudah dipukul tadi, kedalam adunan telor. Kacau hingga rata betul.
6. Masukkan tepung gandum. Kacau rata.
7. Masukkan rempah kek. Kacau rata.
Cara membakar:
1. 1.Gunakan 2 tin pembakar 7” x 7”. Lapikkan tin pembakar dengan kertas minyak. Sapu sedikit mentega di atas dan di bawah kertas.
2. Bubuh 2 sudu besar adunan kedalam tin pembakar. Ratakan Bakar 230 deg C. dari tingkat kedua dari bawah. Gunakan api atas sahaja. Bakar selama lebih kurang 4 minit sahaja.
3. Bila sudah kuning, tekan sedikit dengan gelas. Bubuh 2 sudu adunan lagi. Buat begini hingga habis adunan. Bila tin pembakar penuh ¾, turunkan suhu ke 200 deg C.
4. Akhir sekali, bakar dengan menggunakan api bawah selama 20 minit 170 deg C.
No comments:
Post a Comment
Any comments?